Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah;
Dari Jarir ra:
“Sungguh Nabi SAW bersabda padanya, pada Haji Wada’
(Haji perpisahan/haji Nabi saw yang terakhir). Simaklah dengan baik
wahai orang-orang, lalu beliau bersabda: “Jangan kalian kembali kepada
kekufuran setelah aku wafat, saling bunuh dan memerangi satu sama lain” (Shahih Bukhari)
Haji Wada’ dikenal juga dengan nama Haji
Perpisahan Nabi Muhammad Saw. Beliau mengumumkan niatnya pada 25
Dzulqaidah 10 H atau setahun sebelum beliau wafat. Dari sekian banyak
hikmah dari Haji Wada’ ini adalah pesan kemanusiaan yang terungkap dari
khutbah beliau.
Ketika Rasulullah Saw menyatakan diri hendak menunaikan haji, sekitar
90 ribu lebih pengikutnya terpana dan terkagum-kagum dengan sosok
beliau. Lantas mereka mengikuti Rasulullah melakukan perjalanan dari
Madinah ke Mekkah pada 25 Dzulqaidah 10 H.
Dalam perjalanan ke Mekkah, Rasulullah bersama isteri-isterinya
menginap semalam di Dzi al-Hulaifah. Dini hari sampai Shubuh, beliau dan
pengikutnya melakukan ihram dan berjalan sambil mengucapkan “Labbaik,
Allahumma labaik… Labbaik, la syarika laka labbaik!”
Sampai di Mekkah, Rasulullah bergegas ke Masjidil Haram. Di sana,
beliau melaksanakan ibadah thawaf, sa’i, lantas berdoa di Bukit Mekkah.
Setelah itu, beliau berkhutbah di Padang Arafah di hadapan seratus ribu
lebih pengikutnya dari Madinah dan Mekkah.
Suasana di Padang Arafah ketika musim Haji
Di Arafah, segala puji kepada Allah dan shalawat bergema ketika Rasulullah berdiri untuk memulai khutbah.
”
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga
mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai
kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah
Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah,
bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung
jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaaku.
Wahai
Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan
tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU. “
Pada saat itulah turun wahyu yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW :
Firman Allah SWT :
“Hari
ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan
nikmat-Ku atas kamu, dan Aku Ridho Islam menjadi agama bagimu.”
(QS. Al-Maidah : 3).
Setelah mendengar wahyu ini Abu Bakar RA menangis terisak-isak,
karena dia memahami bahwa jika suatu misi telah disempurnakan menandakan
si pembawa misi tersebut (Nabi Muhammad SAW) akan segera kembali kepada
Allah SWT (meninggal dunia).
Belum ada tanggapan untuk "Khutbah terakhir Rasulullah SAW."
Post a Comment